Viral

Ingat sekadar kongsi rezeki kek batik, tapi reaksi jiran buat cikgu ini teringat wajah ibu… Ada memori pahit diberi makanan basi

KEK batik mungkin dianggap biasa menurut sesetengah orang, namun bagi seorang ibu, ia merupakan hadiah paling bermakna yang menjadi pelengkap kepada hari istimewa permata hatinya.

Niat asal seorang lelaki yang hanya ingin berkongsi rezeki dengan jiran tetangga akhirnya bertukar menjadi satu momen hiba yang meruntun jiwa.

Mana tidaknya, pemberian ringkas berupa kek batik itu rupa-rupanya hadir tepat pada hari ulang tahun kelahiran anak jirannya.

Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Mr Ali mengakui, dia sama sekali tidak menyangka pemberian kek batik ‘kosong’ tanpa sebarang hiasan mewah itu akan disambut dengan titisan air mata kesyukuran.

Menceritakan semula detik tersebut di aplikasi Threads, Mr Ali yang juga seorang pendidik berkata, dia tergerak hati untuk menghantar kek batik buatannya selepas menyedari jiran tersebut belum pernah merasa hasil air tangannya.

Antara kek yang dihasilkannya.

Antara kek yang dihasilkannya.

“Saya ada buat kek batik untuk jiran sebab sedar yang dia tak pernah dapat lagi kek batik buatan saya. Lewat petang tu, saya pergi ke rumah dia dan anaknya sambut dengan muka gembira.

“Tak lama kemudian maknya keluar dan saya cakap… saya bagi makanan sikit ni kak, coklat pun ada untuk anak-anak akak makan sekali,” ujarnya menceritakan semula momen ketika menghantar kek tersebut.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh