TIDAK dinafikan, ramai anak muda yang berhasrat mengikuti pengajian di luar negara, apatah lagi jika berpeluang menjejakkan kaki ke universiti terkemuka di samping menimba pengalaman di perantauan.
Namun, faktor kewangan sering kali menjadi penghalang utama sehingga ada yang terpaksa melupakan hasrat tersebut demi mengelakkan bebanan hutang di masa hadapan.
Di Thread, seorang gadis meluahkan rasa dilema apabila bapanya berkeras mahu membuat pinjaman bank sebanyak RM100,000 bagi membiayai pengajiannya di Australia.






