PESERTA program Talk To My Manager (TTMM), Viviana tidak terkesan dengan segala kecaman dan kritikan pedas yang dilemparkan netizen susulan kemenangannya pada saingan minggu lalu.
Jelas Viviana, dia sudah mempersiapkan mentalnya lebih awal sebelum masuk ke bidang seni selepas menerima pesanan daripada ibunya iaitu Ani Maiyuni.
“Saya tak rasa apa-apa pun sebenarnya. Sebelum masuk sini saya dah siapkan mental saya. Umi (ibu) pun sudah pesan kalau nak masuk industri, mesti akan ada kecaman. Tak ada orang yang hebat tak pernah kena kecam.

Viviana dan Ani berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






