PASANGAN anak beranak Nana Mahazan dan Althea diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).
Althea yang menyampaikan lagu Halaman Cinta nyanyian asal Misha Omar itu mendapat markah terendah iaitu 58.67 peratus pada minggu ketiga program tersebut.
Penyingkiran itu sekaligus tidak melayakkannya meneruskan saingan menyanyikan lagu Untukmu oleh kumpulan Feminin minggu depan.

Nana (kiri) dan anaknya tersingkir di minggu ketiga TTMM.




