MERANCANG kewangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan antara perkara utama perlu dititikberatkan jika mahu membina kehidupan stabil bersama.
Namun masih ramai pasangan menganggap perkara itu sebagai remeh untuk dibincangkan yang pada akhirnya membawa kepada masalah selepas berkahwin.
Kebanyakan konflik rumah tangga yang dikongsikan di media sosial juga berkisar tentang isu kewangan dan nafkah.





