TINDAKAN bersahaja Beatrice Chitra berkongsi foto ibu mentuanya, Sheila Rusly sedang tidur lena semasa dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke Kuala Lumpur mengundang pelbagai reaksi lucu netizen.
Dalam hantaran tersebut, Beatrice secara berseloroh meminta pandangan pengikutnya tentang kejelitaan Sheila walaupun sedang tidur.
“Sesiapa yang rasa mama masih cantik waktu tidur sila komen sis.

Perkongsian Beatrice di Threads menarik perhatian netizen.






