RASA serba salah menyelubungi hati seorang isteri apabila suaminya tetap berkeras mahu membawa keluarga keluar makan meskipun wang yang tinggal ketika itu hanya sekitar RM300.
Kisah bermula apabila suaminya mengajak keluarganya menikmati makan malam walaupun wanita ini bimbang memikirkan baki wang yang tinggal untuk meneruskan kehidupan sehingga pertengahan bulan.
Tidak habis dengan itu, suaminya turut singgah di kedai serbaneka untuk membeli mainan buat anak-anak serta adik iparnya menggunakan baki duit tersebut.






