SUDAH menjadi lumrah dalam dunia perniagaan, pasti akan ada yang tidak senang dengan pencapaian atau kejayaan dicapai.
Perasaan cemburu sehingga sanggup melakukan perkara khurafat termasuk sihir demi melihat kejatuhan seseorang.
Seorang wanita yang mengusahakan perniagaan nasi lemak secara kecil-kecilan mendakwa kehadiran seorang pelanggan ‘misteri’ membuka matanya tentang kewujudan perkara itu.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Ia bermula apabila pelanggan tersebut memintanya mengambil air dari tujuh buah masjid secara tiba-tiba.
“Allah takdirkan seorang hamba datang beli nasi lemak semalam. Pagi tadi dia datang lagi.

Mempercayai perkara khurafat adalah dosa besar di sisi agama Islam. -Gambar hiasan AI
“Tak kenal siapa, tak tahu nama tapi duduk luar kawasan. Nak dijadikan cerita, pagi tadi dia tanya… dekat rumah ada orang lelaki tak? Tak fikir lain, ingat nak offer job ke apa.
“Sekali dia suruh pergi ambil tujuh air masjid. Terus meremang aku dekat situ tengah meniaga,” katanya menerusi Threads.
Cerita wanita itu lagi, pelanggan tersebut turut memerhatikan nasi lemak yang dijualnya dengan reaksi sukar dijelaskan.
“Kemudian dia tanya, nasi lemak memang berderai ye? Aku dengan mak aku cakap, iya sebab kukus.
“Terus dia senyum lagi. Aku tak tahulah apa dia nampak dekat nasi lemak yang kami jual.
ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa perut ayam, makanan basi depan gerai… Paling sadis adik tukang masak diserang sakit misteri angkara khianat!
ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal perubatan kongsi cara batal sihir dihantar nak tutup periuk nasi! Ramai peniaga tak tahu rupa-rupanya tak boleh sembarangan ambil duit pelanggan
“Aku ini sibuk nak tahu apa yang dia nampak, tapi dia still tak buka mulut. Dia cuma cakap ada lah,” kongsinya lanjut.
Wanita itu mengakui ada beberapa insiden bermain di fikirannya sehingga membuatkan dia tertanya-tanya tentang saranan individu tersebut.
“Baru-baru ni aku ada mimpi ‘cik cong’ (pocong), dua ekor. Tapi aku ignore, aku rasa ini pun kebetulan tapi entahlah.
“Dari aku sekolah rendah sampai dah beranak, sini lah tempat mak aku berniaga. Dah biasa sebenarnya kena sihir-sihir ni.
“Tapi bila aku take over berniaga, walau mak aku pun ada sekali teman niaga, mana tak seram sebab aku ada anak-anak kecil,” kongsinya lagi.
-
Seorang wanita berkongsi kisah gerai nasi lemaknya didatangi pelanggan misteri.
-
Pelanggan tersebut menyuruhnya mengambil tujuh air masjid sehingga membuatkan dia berasa seram.
-
Individu itu datang ke gerainya dua hari berturut-turut.
-
Wanita itu mengakui berdepan insiden aneh sebelum ini termasuk mimpi Nampak pocong.
-
Netizen menasihatkan agar dia memperbanyakkan doa memohon perlindungan Allah.
Di ruangan komen, ramai menyarankan agar wanita tersebut mengamalkan ayat pelindung diri selain memohon perlindungan Allah SWT agar urusan berniaga dilindungi.
Memetik kenyataan di laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Islam menolak amalan sihir dan mengajar umatnya untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir.
Hadis Rasulullah SAW juga jelas menyenaraikan amalan sihir sebagai salah satu dosa besar, maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan.
Sahabat bertanya: Wahai Pesuruh Allah? Apakah dosa-dosa itu?
Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.” [Hadis riwayat Imam Bukhari (2766)]




