KETIKA ramai ibu bapa hari ini mudah melenting sehingga sanggup mengheret guru ke mahkamah hanya kerana isu disiplin, tindakan seorang bapa ini ternyata mencetuskan fenomena yang berbeza.
Bukannya datang untuk menyerang atau menuntut penjelasan dengan nada amarah, lelaki ini sebaliknya memilih untuk ‘menyerbu’ sekolah anaknya dengan penuh tertib demi memberikan satu penghormatan yang tidak disangka-sangka.
Segalanya bermula apabila si anak pulang ke rumah dalam keadaan trauma dan menangis teresak-esak.
Rupanya dek kerana gagal menjawab kerja sekolah dengan betul, kanak-kanak itu telah dikenakan hukuman rotan beberapa kali oleh gurunya sehingga dia berasa takut untuk melangkah semula ke sekolah.

Setiap anak akan berkongsi situasi yang berlaku di sekolah kepada ibu atau ayahnya. -Gambar hiasan AI
“Semalam anak aku kena rotan dengan teacher dia banyak kali, sebab kerja sekolah dia salah jawab. Dia menangis-nangis takut nak pergi sekolah, jadi aku cakap… tak apa nanti papa pergi sekolah,” ujarnya di Thread.
Seperti dijanjikan, dia bersama-sama anaknya ke sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) berkenaan.





