JABATAN sumber manusia (HR) selalunya sinonim dengan imej yang tegas, namun kadangkala ketegasan itu agak keterlaluan sehingga dianggap gemar mencari kesalahan pekerja.
Bagi seorang wanita, pengalaman yang dilalui suaminya di tempat kerja cukup menggores hati apabila situasi peribadi mereka seolah-olah tidak difahami oleh pihak syarikat.
Wanita itu meluahkan rasa kecewa yang amat sangat apabila suaminya dipersoalkan oleh seorang staf HR hanya kerana kerap mengambil cuti separuh hari setiap bulan demi urusan keluarga.

Klinik kesihatan sentiasa dipenuhi orang awam yang ingin mendapatkan rawatan. -Gambar hiasan
“Suami jelaskan dia perlu temani aku jalani pemeriksaan kehamilan. Adik-beradik lain kerja, ayah pula kena jaga mak sebab sakit.





