PENYANYI Wany Hasrita tampil menegur seorang pengguna media sosial yang menggunakan gambarnya dengan memberikan kenyataan berunsur fitnah di laman Threads.
Secara berhemah, Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34, meminta individu berkenaan memadamkan gambar tersebut susulan status tidak benar menulis kononnya dia sudah bergelar janda.
“Jom delete gambar saya sementara tengah baik,” katanya ringkas.

Komen ringkas yang ditulis Wany.






