PENYANYI Amira Othman berkongsi khabar gembira dan mengesahkan dia kini sedang hamil anak sulung.
Kata Amira, 33, usia kandungannya kini sudah mencecah 30 minggu dan dijangka bersalin pada Jun depan.
“Alhamdulillah sekarang ini saya mengesahkan diri kini sedang hamil. Sekarang ini usia kandungan saya sudah mencecah 30 minggu.







