JANJI temu sering dianggap sebagai peluang untuk mengenali hati budi seseorang, selain mencipta momen manis bersama insan yang baru hadir dalam hidup.
Namun di sebalik suasana santai ketika makan bersama atau menonton wayang, soal adab dan tanggungjawab dalam berbelanja juga kadang kala menimbulkan perbezaan pendapat antara pasangan yang baru berkenalan.
Itulah situasi yang dikongsikan seorang wanita selepas dia mendakwa diuji secara ‘tidak masuk akal’ oleh lelaki yang baru dikenalinya ketika keluar berjanji temu.






