TIDAK dinafikan, sehingga ke hari ini masih ramai dalam kalangan masyarakat terutama golongan warga emas yang cenderung menolak rawatan moden kerana lebih mempercayai kaedah tradisional.
Dilema inilah yang terpaksa ditelan seorang wanita apabila ibunya sendiri menolak rawatan hospital dan memilih untuk mempercayai kaedah perubatan tradisional bagi masalah kesihatan yang dialami.
Segalanya bermula apabila ibunya sebelum ini terpaksa dimasukkan ke hospital selama 10 hari akibat jangkitan serius pada bahagian kaki.
Sepanjang tempoh itu, pelbagai rawatan diberikan termasuklah pemberian antibiotik, insulin, serta ubat pencair darah bagi menstabilkan keadaan kesihatannya.

Ada sebahagian masyarakat masih mempercayai rawatan tradisional. -Gambar hiasan AI
“Sebab ni lah aku benci ubat-ubat kampung. Mak aku sepatutnya bedah kaki untuk buang nanah tapi sebab yang mengubat tu kata tiada nanah terus mak tak nak bedah.





