SEORANG ibu meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa anaknya seolah-olah ‘tidak wujud’ dalam perkongsian gambar aktiviti harian di sebuah tadika swasta.
Menurut wanita itu, meskipun pihak tadika sangat aktif memuat naik pelbagai foto aktiviti pelajar dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa, namun kelibat anaknya langsung tidak kelihatan.
Apa yang mengundang tanda tanya, gambar-gambar yang dikongsikan itu sebaliknya sering memaparkan wajah pelajar yang sama berulang kali.

Gambar anak-anak di tadika adalah momen yang ingin disimpan ibu bapa sebagai kenangan. -Gambar hiasan AI





