PELAKON Datuk Rosyam Nor tampil memberikan pandangannya berhubung isu hangat di media sosial yang melabel segelintir artis sebagai sombong.
Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 59, berkata tanggapan tersebut sering kali timbul akibat salah faham terhadap situasi sebenar yang dihadapi oleh seseorang artis ketika itu.
Kata Rosyam, dia tidak merasakan ada artis yang bersikap sombong dan tidak adil untuk menilai mereka hanya berdasarkan satu pertemuan singkat.







