KEBIASAANNYA pasangan yang baru berkahwin memilih untuk tinggal bersama ibu bapa buat sementara waktu sebelum mampu berdikari di kediaman sendiri.
Namun berbeza dengan situasi dikongsikan seorang gadis apabila kakaknya didakwa masih belum menunjukkan usaha untuk hidup sendiri meskipun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.
Menurutnya, kakaknya bersama suami dan seorang anak kini kembali menetap di rumah keluarga mereka selepas berlaku perselisihan faham dengan keluarga mentua.

Datuk dan nenek tidak seharusnya dibebankan dengan menjaga cucu. -Gambar hiasan AI





