SEORANG pengguna Threads menggunakan akaun @shfatim85 mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu hantaran nostalgia pertemuannya dengan bintang legenda dunia, Michael Jackson.
Menurut perkongsian tersebut, individu terbabit masih mengingati detik bermakna pada tahun 1996 itu apabila berpeluang bertemu dan bergambar dengan penyanyi digelar ‘Raja Pop’ itu.
Katanya, mendiang Michael seorang yang sangat peramah serta berperwatakan lembut, membuatkan suasana pertemuan mereka terasa tidak kekok.

Perkongsian @shfatim85 di Threads mencuri perhatian ramai.






