SELEPAS tular satu klip babak bersentuhan dalam teaser muzik video (MV) lagu berjudul Pertama, penyanyi Syamel segera menghubungi isterinya iaitu Ernie Zakri.
Menurut Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 33, tindakan itu dibuat bagi memberi penjelasan selepas babak bersama finalis Dewi Remaja 2025, Shermaine Alexander itu mengundang reaksi kurang senang netizen.
"Bila berlaku benda itu, perkara pertama saya buat adalah hubungi isteri saya.

Klip MV Syamel yang mencetuskan kontroversi.






