ANAK kepada penyanyi Ameng Spring iaitu Ammar Haikal memaklumkan dia mengalami masalah pankreas bengkak dan masalah batu hempedu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital pada Mac lalu.
Ammar, 20, berkata, pada awalnya dia menyangka kesakitan yang dialami berpunca daripada gastrik, namun pemeriksaan lanjut mendapati keadaan sebenar lebih serius.
"Pada mulanya ingat gastrik, tapi rupanya bukan. Disebabkan pankreas saya bengkak, saya rasa susah bernafas dan selalu sakit dada.

Keadaan Ammar sebelum ini membimbangkan peminat.

Ammar serik makan makanan pedas.



