ADA sesetengah situasi di tempat kerja yang mungkin kelihatan remeh bagi segelintir individu, namun sebenarnya ia boleh memberi kesan mendalam kepada emosi seseorang.
Perkara kecil contohnya seperti layanan hambar rakan sekerja boleh membuatkan diri rasa tersisih dan tidak dihargai seperti orang lain, sebagaimana kisah dikongsikan oleh individu ini.
“Ofis buat makan-makan dan hanya ajak-ajak ayam, jadi aku tolak pelawaan dengan hormat. Sebab aku bukan termasuk dalam rancangan mereka.

Suasana kerja yang harmoni terbina melalui layanan yang adil dan komunikasi yang terbuka. -Gambar hiasan AI




