PENYANYI Didi Astillah dilaporkan mengalami kecederaan di kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil terjatuh daripada tangga.
Berita mengejutkan itu dikongsi oleh ibunya iaitu Eina Astillah menerusi beberapa hantaran foto di Instagram Story pada Isnin.
Menerusi hantaran tersebut, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah dilihat sedang terbaring di unit kecemasan sebuah pusat perubatan.

Berita itu dikongsikan ibunya.





