LAMA berdiam diri, anggota UNIC iaitu Dr Fitri Haris mendedahkan pihak penganjur konsert bagi kumpulan tersebut masih gagal melunaskan baki bayaran yang tertunggak sejak empat bulan lalu.
Fitri atau Fitri Haris, 42, memaklumkan pihaknya telah pun membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap pihak berkenaan.
Tegas Fitri, UNIC kini tidak lagi mahu bertolak ansur dan memberikan tempoh selama satu minggu untuk penganjur menyelesaikan segala tunggakan sebelum tindakan undang-undang lebih berat diambil.
Pendedahan Fitri mengenai penganjur konsert UNIC.

UNIC beri notis seminggu untuk selesaikan isu berkenaan. 



