SEBELUM ini ramai sudah berkongsi pengalaman tinggal bersama keluarga mentua yang lebih banyak mendatangkan masalah berbanding kebaikan.
Seperti wanita ini, kehidupannya berubah 360 darjah sejak sebumbung dengan ibu mentua sehinggakan berasa terasing di rumah sendiri.
Tidak hanya itu, wanita ini mendakwa kesihatan mentalnya turut terganggu apabila terpaksa ‘menelan’ semua perkara yang berlaku terhadapnya.






