KONTROVERSI melibatkan topik ‘artis sombong’ semakin hangat diperkatakan di media sosial dan kali ini nama pelakon Ezzanie Jasny turut menjadi perhatian.
Menafikan dakwaan tersebut, Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, menjelaskan bahawa sepanjang penglibatannya dalam industri seni, dia tidak pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar atau berinteraksi.
“Saya sombong? Selama saya dalam industri ini, saya tak pernah saya ‘No’ bila orang ajak bergambar atau bersembang.

Penjelasan Ezzanie yang dimuat naik di Threads miliknya.





