KUMPULAN rock Amerika Syarikat Evanescence dikhabarkan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur tidak lama lagi selepas kali terakhir berkunjung ke negara ini 14 tahun lalu.
Spekulasi itu mula menjadi bualan dalam kalangan peminat selepas tular sebuah rakaman video memaparkan papan iklan yang mempamerkan huruf ‘E’ menyerupai logo rasmi kumpulan tersebut di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Iklan tersebut mencetuskan tanda tanya peminat sekali gus memberi bayangan kumpulan itu bakal meletakkan Malaysia dalam siri jelajahnya.

Peminat tidak sabar menanti kehadiran Evanescence.





