PENYANYI Aina Abdul tampil menjelaskan kekeliruan dalam kalangan netizen berhubung tajuk lagu baharunya, ‘Berjauh-an’ yang didakwa tidak tepat dari segi tatabahasa.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata penggunaan tanda sempang dalam perkataan tersebut bukanlah satu kesilapan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada konsep artistik yang ingin diketengahkan dalam kemunculan semulanya kali ini.
Kata Aina, idea tersebut digunakan bagi memberi gambaran visual tentang perpisahan yang ingin disampaikan melalui lagu berkenaan.

Aina (kiri) menjelaskan konsep lagu Berjauh-an.





