TIDAK dapat menahan rasa marah apabila diasak netizen, usahawan Datuk Seri Adnan Abu bertindak melafazkan niat menceraikan penyanyi Adira Suhaimi semasa melakukan siaran langsung di TikTok.
Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 48, turut meminta penonton yang menyaksikan siaran tersebut merakam video berkenaan sebagai bukti untuk rujukan.
“Saya akan bicara pada 25 Jun 2026. Saya, Adnan bin Abu, jika pada 25 Jun nanti rujuk saya sah, secara automatik saya akan menceraikan Siti Adira binti Suhaimi dengan talak satu. Simpan ini sebagai bukti.

Siaran langsung yang dilakukan Adnana bersama seorang wanita di sisinya.






