PENYANYI Kaka Azraff memilih untuk menutup mulut daripada mengulas sebarang khabar angin berkait rumah tangganya bersama suami iaitu Adam Azriff yang kini didakwa kembali bergolak selepas dikatakan sudah kembali rujuk pada awal tahun ini.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, berkata dia lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai kisah peribadi buat masa ini dan memohon orang ramai mendoakan agar urusannya itu dipermudahkan.
“Kalau boleh saya nak kurangkan bercerita hal peribadi. Tapi apa yang saya boleh cakap, doakanlah yang baik-baik.

Kaka berkongsi perkara itu ketika ditemui media.
Kaka akan berkongsi sekiranya dia sudah bersedia. 



