BERMULA dengan tuduhan mandul, seorang wanita tidak menyangka ‘perang dingin’ dengan ibu mentuanya akan berlarutan sehingga menjejaskan rumah tangga dibina dengan suami.
Berkongsi situasi yang berlaku, ujar wanita ini, segalanya bermula apabila dia berjaya membuktikan dirinya bukanlah wanita mandul seperti didakwa keluarga mentua.
Malah katanya, disebabkan berjaya melahirkan seorang anak lelaki, ibu mentuanya seperti ‘cacing kepanasan’ dan mula membuat tuntutan tidak wajar.






