SEORANG wanita berada dalam keadaan serba salah apabila tindakannya ‘membuang’ nama ibu saudaranya dari senarai jemputan ke majlis perkahwinannya pada tahun hadapan menyebabkan ibunya merajuk.
Jelas wanita itu, tindakan tersebut disebabkan sikap ibu saudaranya dan keluarga yang didakwa toksik dan gemar mengambil kesempatan.
“Saya dah cakap pada mak yang saya mati-mati tak mahu ajak kakak sulung dia yang dipanggil maklong ke majlis kenduri.







