DALAM suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini, ramai mula berkira-kira dalam perbelanjaan harian mereka.
Tetapi ada juga segelintir cuba mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain sehingga menimbulkan perasaan kurang senang semata-mata untuk berjimat.
Menurut seorang gadis, dia dalam dilema apabila rakannya hanya membayar RM10 sebagai duit minyak walaupun menumpang keretanya hampir setiap hari.






