DUA kumpulan legenda, Cromok dan Barbarik bakal berkongsi pentas dalam konsert Black On White Cromok-Barbarik yang dijadualkan berlangsung pada 27 Jun ini di IdeaLive, 3 Damansara, Petaling Jaya.
Konsert anjuran KARL Legacy dengan kerjasama Pentas Barbarik itu bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya dianggap sebagai pertemuan dua generasi muzik yang berkongsi semangat dalam dunia rock dan metal.
Menurut gitaris Barbarik, Jo Branko, konsert tersebut membawa makna besar bukan sahaja kepada kumpulan terlibat, malah kepada para peminat setia mereka.

Konsert Black On White Cromok-Barbarik bakal berlangsung pada 27 Jun ini.






