ISU layanan berdasarkan penampilan kembali menjadi perhatian apabila pelakon Nabila Huda mendedahkan dirinya sering dipandang serong ketika mengunjungi restoran mewah hanya kerana bergaya santai.
Sering berpenampilan sederhana dengan memakai kemeja-T dan selipar, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 42, mendedahkan kedatangannya pernah dipandang sinis seolah-olah tidak layak berada di restoran tersebut.
“Kenapa kadang-kadang bila kita pakai comot nak masuk restoran fancy kena pandang macam kena judge ek?

Perkongsian Nabila yang dimuat naik di Threads miliknya.






