PENYANYI Haqiem Rusli tidak melatah apabila muncul cakap-cakap mengatakan auranya kini semakin malap tidak seperti di awal kemunculan dahulu.
Perkara ini menjadi bualan netizen selepas Haqiem atau atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 28, gagal melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) bagi tahun keempat berturut-turut.
Enggan memeningkan kepala dengan tanggapan tersebut, Haqiem berkata fokus utamanya kini hanyalah untuk terus menghasilkan karya yang terbaik dan diterima ramai.

Haqiem fokus hasilkan karya terbaik.





