“AYAH guna untuk bayar semua hutang-hutang,” demikian ucapan seorang remaja perempuan kepada ayahnya sambil diiringi tangisan pilu.
Lebih sebak, pelajar sekolah menengah yang memakai pakaian seragam Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) itu turut menghulurkan wang berjumlah RM500 kepada bapanya, sebelum kedua-duanya berpelukan sambil menangis.
Momen disiarkan menerusi TikTok @ivankhong_bossa_sce itu turut menjentik emosi netizen yang sebak mendengar luahan hati seorang anak kepada bapanya.

Ivan Khong menjual kira-kira 6,000 laptop dalam sebulan.





