Hiburan

Hampir putus asa, ‘Cak Cak Cekuk’ beri peluang Wani Kayrie jejak kaki ke pentas AJL40

16 TAHUN bergelar anak seni, penyanyi Wani Kayrie mengakui pernah berasa putus asa untuk menjejakkan kaki ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Wani atau Syazwani Abdullah, 26, berkata, kegagalan lagu-lagunya sebelum ini hampir mematahkan semangatnya, namun peluang membuat persembahan pembukaan pada edisi tahun lalu membuatkan dia kembali bangkit semula.

“Sebenarnya pernah hampir-hampir berputus asa bila mula-mula waktu saya gantikan Kak Ernie Zakri dulu, lepas itu saya masuk dengan lagu sendiri iaitu Kamu-Kamu. Tapi waktu itu memang saingan sangat sengit dan saya tengok okeylah, tak ada harapanlah kan.

Wani berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh