PERANCANGAN keluarga sering kali dipandang ringan, sedangkan ia memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan ibu, anak serta kestabilan ekonomi sesebuah keluarga.
Lebih-lebih lagi bagi golongan berpendapatan rendah, aspek ini bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan yang boleh menentukan kualiti hidup jangka panjang.
Di Threads, seorang wanita berkongsi situasi yang membuka mata ketika dia mengunjungi sebuah klinik desa untuk mendapatkan suntikan imunisasi anaknya.







