PELAWAK dan usahawan, Shuib berkongsi perkembangan terkini anak bongsunya iaitu Akira Juwita Zahra yang ditahan di sebuah pusat perubatan bagi pemantauan lanjut selepas mengalami masalah kesihatan.
Meskipun keadaan bayi itu tidak membimbangkan, namun Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, memaklumkan doktor terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga kerana masih terdapat sedikit tanda jaundis dan kencing kotor.
“Betul Akira kena tahan di hospital tetapi tak ada apa pun. Cuma kuning (jaundis) dia masih ada sikit dan perlu diberi antibiotik.

Watie tidak dapat menahan kesedihan terpaksa berjauhan dengan anak.






