BERSAHABAT baik dengan Que Haidar, pelakon Kodi Rasheed memberitahu dia selalu menghubungi aktor senior itu bagi bertanya khabar dan berkongsi perkembangan terkini.
Kata Kodi atau Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed, 36, hubungan rapat sebagai guru dan anak murid itu membuatkan mereka masih berhubung seperti biasa.
“Saya ada berhubung dengan dia sebab dia cikgu saya kan? Mestilah saya ada bertanya khabar okay ke tidak.







