PELAKON Azar Azmi menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan isu tuntutan hutang melibatkan dirinya dengan personaliti media sosial, Abiejam.
Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi,37, menjelaskan keputusan itu dibuat bagi memastikan kemelut yang berlaku dapat diselesaikan secara professional.
“Untuk isu itu, saya tidak mahu cerita apa-apa tentang itu. Biarlah pihak team saya untuk uruskan isu itu sebab saya rasa benda ini boleh membawa kepada ke arah positif dan negatif.

Azar berkongsi perkara itu ketika ditemui media.





