SETIAP pelanggan di mana-mana premis perniagaan wajar mendapat layanan yang sopan dan penuh hormat, tanpa sebarang bentuk penghinaan atau sindiran.
Seorang lelaki meluahkan rasa kesal terhadap layanan diterimanya daripada seorang staf lelaki di sebuah kedai makan ketika ingin membuat pesanan minuman.
Menurutnya, dia tidak menjangka akan menerima sindiran memalukan daripada pekerja restoran masakan pantai timur tersebut.

Layanan baik akan membuatkan pelanggan datang semula ke premis.-Gambar hiasan AI





