LUAHAN ramai wanita yang terperangkap dalam kemelut rumah tangga membuatkan pelakon Rita Rudaini terpanggil untuk memberikan nasihat berdasarkan pengalaman kisah silamnya.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 50, berpendapat anak-anak tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mereka terus bertaham dan membiarkan diri diseksa secara mental mahupun fizikal.
Menurut Rita, membesarkan anak dalam persekitaran keluarga yang tidak sihat hanya akan memberikan impak negatif kepada pembesaran dan emosi mereka apabila dewasa nanti.
Rita berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

Rita akui tidak suka melihat golongan wanita ditindas. 



