TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba timbul dakwaan kononnya penyanyi Lia Aziz telah hadir ke mahkamah syariah pada Isnin bagi urusan perkahwinannya dengan suami iaitu Arash Azimi.
Enggan mengulas mengenai isu berkenaan, Lia atau Nur Aliah Farzana Abdul Aziz, 23, menegaskan hal rumah tangga terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
“Biarlah saya dan keluarga sahaja yang tahu. Perkara ini saya tak kongsi sebab terlalu peribadi.

Lia minta orang ramai hormat kisah peribadinya.






