TINDAKAN seorang wanita cuba memperdaya teman janji buta atau blind date tidak berhasil apabila lelaki ini bertindak lebih bijak daripadanya.
Bercerita mengenai pengalaman itu, pada awalnya perkenalan mereka menerusi sebuah aplikasi temu janji berjalan lancar malah dia tertarik dengan kemesraan dan penampilan menarik dimilikinya.
Bagi berkenalan lebih dekat mereka kemudiannya bersetuju bertemu di sebuah pusat beli-belah namun sebaik berjumpa, lelaki itu mula merasakan ‘vibe’ kurang menyenangkan tentang wanita tersebut.






