PENYANYI Azza Zawari memilih untuk menolak jemputan rumah terbuka hari raya kerana bimbang anaknya iaitu Adam menimbulkan rasa kurang selesa terhadap tuan rumah dan tetamu.
Menurut Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 49, anak lelakinya yang kini berusia lapan tahun memerlukan lebih perhatian selepas didiagnosis autisme ringan tahap dua.
Katanya, keputusan itu dibuat demi menjaga sensitiviti semua pihak selain mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini berlaku.

Azza tak mahu kejadian tak diingini berulang lagi.






