GELAGAT seorang peminat cilik berjumpa Aisha Retno menjadi perhatian ramai apabila kanak-kanak itu dilihat menangis ketika bertemu penyanyi berkenaan.
Menerusi satu hantaran video, kanak-kanak yang dikenali sebagai Ayda itu bertemu Aisha dalam sebuah majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu.
Ayda menghampiri Aisha yang ketika itu sedang membuat persembahan menyanyi lagu berjudul Sinaran.

Aisha mesra melayan peminat.






