SELESAI mengadakan konsert di China, penyanyi Shila Amzah mengharapkan peminat terus memberikan sokongan terhadap perjalanan seninya, termasuk persembahan di Malaysia.
Sebagai seorang penyanyi yang menguruskan kerjaya sendiri, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, sedar bukan mudah untuk dia mencapai tahap yang dimiliki kini.
Malah, dia juga mengakui ada ketika pernah berasa putus asa apabila berdepan pelbagai cabaran dalam industri muzik.

Perkongsian Shila di Threads.






