KETIKA ini ramai mengambil peluang menganjurkan rumah terbuka dalam memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri sepanjang bulan Syawal.
Namun majlis yang sepatutnya menjadi ‘jambatan’ mengeratkan silaturahim boleh bertukar ‘acara’ kecil hati apabila ada tidak dijemput menghadiri rumah terbuka.
Seperti kisah seorang wanita ini, dia hanya mengetahui mengenai rakan sepejabatnya mengadakan rumah terbuka apabila ditanya oleh rakan lain sama ada dia akan menghadiri majlis itu atau tidak.







