KEMELUT rumah tangga penyanyi Azmirul Hafiz dan isteri dikenali sebagai Liza akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik dan menemui jalan damai.
Menurut Liza, 39, dia membuat keputusan untuk kembali kepada suami dan tidak meneruskan proses perceraian yang telah dirancang.
“Ya kami tidak jadi untuk bercerai. Saya tidak teruskan proses pemfailan cerai tempoh hari.

Azmirul (kiri) berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukannya.





